Isnin, Mei 23, 2005

Anugerah Sastera Negeri Sembilan

Seronoknya, Tuan Haji Abdul Rahman, Pengarah Sastera DBP terlalu baik melayan panggilan telefonku. Fasal Anugerah Sastera NSlah. Amat positif jawapannya. Cara beliau melayan karenahku, profesional dan memberangsangkan. Ya, Tuhan! Kabulkanlah hasratku untuk menjadikan Anugerah Sastera Negeri Sembilan sebuah realiti, Amin!.

Sabtu, Mei 21, 2005

Dengan Kekuatan daripada-Mu kuteruskan perjuangan ini

Dah sebulan, malamku berhias mimpi indah, rungsung dan ngeri. Fasal Anugerah Sastera Negeri. Kerajaan Ns dan DBP beriltizam nak membantu. Macam-macam cerita dan cabaran. Ada yang mudah, sederhana, pahit, getis dan tak ketinggalan manis dan menyeronokkan. Yang baika-baiklah… DBP pasti menolong. Kerajaan jua, sebab bergabung dengan Anugerah Ilmuan dan Sasterawan Negeri Sembilan (AISNS). Tahun lalu dah teroka sejarah PEN dapat kemukan 5 pemenang Penulis Remaja/Muda. Ada suara-suara sumbang, tapi tak apa PEN dak maju dan berjaya mengetengahkan bakat penulisan yang selama ini terabai. Tahun ini, hah, baru bermula. Namun saya dan kawan-kawan seperti Nisah dan Zul Abu dah bersedia. Terima kasih dan syukur ya Allah kerana meberikan kami kekuatan dan semangat untuk berjuang dalam medan ini!

Khamis, Mei 19, 2005

Cinta Mercup di Lipatan Kalbu

Malam ini melakar sejarah. Sejak 10 bulan melambaikan ucap selamat tinggal kerana ‘bersara paksa’ saya diberi peluang untuk kembali ke maktab selamat sejam setengah. Dr.Maridah Alais menjadi ahli MPRM ketika saya melangkah keluar. Katanya ‘mengambnil tempat Kak Maya kerana pengkhususan Komsas dan sastera’. Dr. Maridah menjemput saya untuk kuliah Ggerko Pengurusan Persatuan. “Bab puisi, mestamu dan lagu-lagu ni kak Maya tiada pengganti, marilah tolong saya!” Saya segera mengangguk dengan linangan air mata yang tumpah ke dasar kalbu. Masih ada yang mengingatiku. Masih ada ruang untukku berbakti Dan masih ada yang sudi menjenguk! Emosional benrkan bunyinya? Tidaklah… Rasa-rasanya biasa saja pada YB. Mudah rasa jauh hati. Nasib baik masih ada yang sudi. Padan muka Mahaya!

Hmm, lebih kurang 100 orang pelajar KPLI pelbagai opsyen dan bangsa mula-mula nampak ‘muka sadin’ selama 15 minit pertama. Itu hal dalam poket. Maklumlah nak terima hal Sastera yang tepu ilmu,. Kemahiran nilai dan bahasa indah tak nampak. Majority kelulusan sains. Namun, semakin malam semakin rancak. Saya mohon individu berpantu/ membacakan panyu, melagukan syair dan membacakan sajak. Sebaik selesai segera saya beri penghargaan. Malam tu terlupa nak bawa buku atau poskan sajak sendiri. Apa lagi duit tunai pun jadilah. Bab tunjuk mestamu, saya melagukan ‘Anak laut’ lagi hit berdasarkan sajak Rahimidin daripada antologi Anak Laut. Rasa-rasanya seluruh NS dah popular dengan mestamu ini. Ketika di Sekolah Menengah Sains Seremban, sebulan lalu ada pelajar memestamukan sebiji seperti yang biasa saya laguikan. Tak apalah, tak kalahlah kita. Ada peminat! Sambil mestamu ada pergerakan sebuah Bali Ilmu bergegas dengan aksi laut, pohon kelapa, mendayung, kepala sotong, udang dan nelayan. Rupa-rupanya semua tak pernah lakonkan ‘sastera’ selama ini. Pada akhir ceramah, saya mohon masing-masing membaut refleksi. Memang puji habis. Bukan puji saya tapi puji p[uisi yang rupa-rupanya menyajikan terlalu banyak aktiviti yang kreatif, bersedepadu, menghiburkn tetapi membijaksanakan guru dan pelajar. Antara ulasan, ‘sastera dulu macam syok sendiri, melaung-laung dan tak ada apa-apa; macam mahgis, kaewan-kawan pandai berlakon dan mendeklamasi sajak! Saya rupa-ruipanya ada gaya memestamukan puisi. Seni dan cinta dah mercup di kalbu mereka!Antara 15 yang memberikan respons, seorang hamba Allah dari Terengganu mengulas “Pernah dengar nama Mahaya, tak sangka pula Mahaya ni hebat.!” Alhamdulillah, terima kasih Allah! Siapa kata puisi ‘mati’? Terima kasih Dr. Maridah,
buku cenderamata pelajarmu amat istimewa Don’t Be Sad/ Jangan Bersedih oleh ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni. Saya yang selalu ceria dan berbahagia atas anugerah Allah, Mahaya.

Isnin, Mei 16, 2005

Imbauan

Hari Guru penuh kenangan manis setelah bergelar YB. Antara belasan ucapan Hari Guru ada enam yang amat mengharukan. Seorang daripada bekas pelajar Maktab Perguruan Raja Melawar yang amat rapat denganku kira-kira 12 tahun yang lalu. Panggilan dalam telefon masih 'bonda'. Seorang yang meminati sastera dan pemidato maktab Cikgu Azizah Mohamad dari Tongkang Pecah dah lima tahun tak jumpa. yang kedua sms daripada Azah bekas anak muris ketika di Kolej Tunku Kurshiah, 1985. Pernah katanya nak jadi seperti cikgu, berkerjasa dan berkarya.Beliau lebih berjaya daripada diriku dalam banyak hal. Yang ketiga daripada putera sulungku sendiri, Shazmee Rizal. 'Meski diberi ribuan tahun, jasa dan budimu masih tak terbalas!'. anak-anak murid yang menggantikanku di MPRM, Amanah dan Faridah tak ketinggalan dengan sms bergambar. Seronoknya. Dan KJ, Datin Hajah Siti Rohani 'Tahniah kerana berterusan menjadi cikgu yang cemerlang" Terasa bersemangat seorang YB!
Tahun ini Perayaan Hari Guru di NS, sayang dah YB, tak sempat hadir dan merasakan sendiri kemeriahannya. sepanjang ingatan, sekali saya menghadiri Hari Gur di UPM, Serdang. Tahun 1993, Ketua-ketua Jabatan mewakili maktab. Tetapi saya dan Cikgu Nazar Abu Samah bersama menjadi tamu juga. Lagu kami Pendidikan Cemerlang menang Hadiah Lagu Hari Guru. Ketika duduk sebaris dengan mak-mak datin, saya sunyi dalam keriuhan majlis berprestij itu. Setelah diperdengarkan lagu rasmi dan "... penggubah lagu, Encik Nazar Abu Samah dan liriknya dicipta oleh Puan Mahaya Mohd.Yassin dari Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban,' ada mata mengerling tag nama di dada. Kami bertukar senyuman dan bermulalah perkenalan yang mengimbau sejarah.
Saya dah ucap-kan 'Selamat Hari Guru' kepada guru-guru saya? Baiklah, kepada semua yang telah, sedang dan akan dipanggil 'cikgu' dan kepada guru-guru saya selama ini, Selamat Hari Guru - Doa semoga menjadi mentari yang sentiasa bersinar dan bercahaya'. Istimewa kepada Cikgu saya di sekolah rendah dan menengah Puan Hjh. Zahariah Khalid, Cikgu Fatimah Nawawi, Cikgu Mustafa Tahir, Cikgu Prof.Dr. Awang Sariyan

16 Mei 2005 Penuh Makna

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar cikgu. Jadilah mentari yang sentiasa bersinar dan bercahaya! Tarikh keramat ini mengembalikan nostalgia, tak terhimpun dalam rasa dan minda. Mungkin ada yang boleh dikongsikan bersama-sama. Justeru, ujana ini menjadi wadah untuk pertemuan kita. Kita yang bernama 'cikgu' selama-lamanya pemacu ilmu, pengongsi bestari dan insan bermutu.

Syukur alhamdulillah, terlalu banyak kuterima anugerah!