Suara Hati kumpulan puisi persendirian pertama. Ujana ini diharap biarlah menjadi wadah perkongsian bicara hati dan rasa, setulus mungkin. Biarlah dalam cara yang santun dan memanfaatkan semua, insya-Allah. Terima kasih.
Sabtu, November 26, 2011
Titipan Ke-19
Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul
Siri Ke-19: 26 November 2011
| Bil. | Perkataan | Makna |
| 1. | kontradiksi | perihal berlawanan atau bertentangan |
| 2. | kontemporari | semasa |
| 3. | semayam | duduk di atas takhta |
| 4. | mapan | mantap |
| 5. | mampan | mampu mengekalkan pencapaian |
Khamis, November 17, 2011
Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul
Siri Ke-18: 17 November 2011
| Bil. | Perkataan | Makna |
| 1. | muraqabah | amalan menjaga ingatan hati semata-mata kepada Allah |
| 2. | murba | biasa sahaja, jelata |
| 3. | murabbi | pendidik, pembimbing |
| 4. | narwastu | bau-bauan yang harum |
| 5. | piara | pelihara, bela |
Titipan Ke-18

Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pelajaran (30 September hingga 2 Oktober 1977) di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Bengkel Penulisan Buku Kanak-kanak anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN) pada 12 hingga 13 November 2011 di PPA NS.
Khamis, November 10, 2011
Titipan Ke-17
Dalam mengutip manik waktu yang masih tersisa ini, suara hati saya bergema...
Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul
Siri Ke-17: 10 November 2011
| Bil. | Perkataan | Makna |
| 1. | tunawicara | bisu |
| 2. | tunanetra | buta |
| 3. | tunakerna | pekak |
| 4. | tunakarya | menganggur |
| 5. | tunapidana | penjara |