Khamis, Jun 30, 2011

Titipan Pertama

Pergi berkhabar
Pulang berberita

Hampir empat bulan saya di kampung halaman sendiri. Alhamdulillah, saya bersyukur amat. Kampung halaman kita damai tenteram. Decit burung menggembirakan. Alur sinar membahagiakan. Udara pagi, petang dan malamnya nyaman mengilhamkan.

Namun, kenangan manis mesra ketika di perantauan tetap terimbau jua...
Ketika 11 Mac 2011, anakanda AS memang di Sendai, Jepun melancong bersama-sama rakan.

Majlis konvonya 20 Mac. Sepatutnya saya, anakanda kedua, menantu dan dua orang cucunda ke sana lagi sambil melancong. Allahuakhbar! Perancangan Allah yang terbaik.
Dari jam 2.00 petang Jumaat, hingga jam 11.30 pagi Ahad (13 Mac) saya terasa tidak bernafas. Kedutaan dan rakan menelefon, "Tak dapat dihubungi. AS dalam senarai 'yang hilang'!
Ketika itu mereka di Muzium Sendai yang menghadap teluk, bukan di kawasan yang terkena tsunami. Meskipun demikian, kesan gempa bumi, mangsa dan aura mereka serta tindakan pantas meleraikan petaka, terpahat di kalbu mereka berdua.

Surah Al-Mulk (23): Katakanlah wahai Muhammad, "Allah yang menciptakan kamu dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk bersyukur) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur."

1 ulasan:

Siti Rahayu Khalid berkata...

Salam..akhirnya ada yg terbaru pada blog mak..