Khamis, Mei 19, 2005

Cinta Mercup di Lipatan Kalbu

Malam ini melakar sejarah. Sejak 10 bulan melambaikan ucap selamat tinggal kerana ‘bersara paksa’ saya diberi peluang untuk kembali ke maktab selamat sejam setengah. Dr.Maridah Alais menjadi ahli MPRM ketika saya melangkah keluar. Katanya ‘mengambnil tempat Kak Maya kerana pengkhususan Komsas dan sastera’. Dr. Maridah menjemput saya untuk kuliah Ggerko Pengurusan Persatuan. “Bab puisi, mestamu dan lagu-lagu ni kak Maya tiada pengganti, marilah tolong saya!” Saya segera mengangguk dengan linangan air mata yang tumpah ke dasar kalbu. Masih ada yang mengingatiku. Masih ada ruang untukku berbakti Dan masih ada yang sudi menjenguk! Emosional benrkan bunyinya? Tidaklah… Rasa-rasanya biasa saja pada YB. Mudah rasa jauh hati. Nasib baik masih ada yang sudi. Padan muka Mahaya!

Hmm, lebih kurang 100 orang pelajar KPLI pelbagai opsyen dan bangsa mula-mula nampak ‘muka sadin’ selama 15 minit pertama. Itu hal dalam poket. Maklumlah nak terima hal Sastera yang tepu ilmu,. Kemahiran nilai dan bahasa indah tak nampak. Majority kelulusan sains. Namun, semakin malam semakin rancak. Saya mohon individu berpantu/ membacakan panyu, melagukan syair dan membacakan sajak. Sebaik selesai segera saya beri penghargaan. Malam tu terlupa nak bawa buku atau poskan sajak sendiri. Apa lagi duit tunai pun jadilah. Bab tunjuk mestamu, saya melagukan ‘Anak laut’ lagi hit berdasarkan sajak Rahimidin daripada antologi Anak Laut. Rasa-rasanya seluruh NS dah popular dengan mestamu ini. Ketika di Sekolah Menengah Sains Seremban, sebulan lalu ada pelajar memestamukan sebiji seperti yang biasa saya laguikan. Tak apalah, tak kalahlah kita. Ada peminat! Sambil mestamu ada pergerakan sebuah Bali Ilmu bergegas dengan aksi laut, pohon kelapa, mendayung, kepala sotong, udang dan nelayan. Rupa-rupanya semua tak pernah lakonkan ‘sastera’ selama ini. Pada akhir ceramah, saya mohon masing-masing membaut refleksi. Memang puji habis. Bukan puji saya tapi puji p[uisi yang rupa-rupanya menyajikan terlalu banyak aktiviti yang kreatif, bersedepadu, menghiburkn tetapi membijaksanakan guru dan pelajar. Antara ulasan, ‘sastera dulu macam syok sendiri, melaung-laung dan tak ada apa-apa; macam mahgis, kaewan-kawan pandai berlakon dan mendeklamasi sajak! Saya rupa-ruipanya ada gaya memestamukan puisi. Seni dan cinta dah mercup di kalbu mereka!Antara 15 yang memberikan respons, seorang hamba Allah dari Terengganu mengulas “Pernah dengar nama Mahaya, tak sangka pula Mahaya ni hebat.!” Alhamdulillah, terima kasih Allah! Siapa kata puisi ‘mati’? Terima kasih Dr. Maridah,
buku cenderamata pelajarmu amat istimewa Don’t Be Sad/ Jangan Bersedih oleh ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni. Saya yang selalu ceria dan berbahagia atas anugerah Allah, Mahaya.

Tiada ulasan: