Isnin, Mei 16, 2005

Imbauan

Hari Guru penuh kenangan manis setelah bergelar YB. Antara belasan ucapan Hari Guru ada enam yang amat mengharukan. Seorang daripada bekas pelajar Maktab Perguruan Raja Melawar yang amat rapat denganku kira-kira 12 tahun yang lalu. Panggilan dalam telefon masih 'bonda'. Seorang yang meminati sastera dan pemidato maktab Cikgu Azizah Mohamad dari Tongkang Pecah dah lima tahun tak jumpa. yang kedua sms daripada Azah bekas anak muris ketika di Kolej Tunku Kurshiah, 1985. Pernah katanya nak jadi seperti cikgu, berkerjasa dan berkarya.Beliau lebih berjaya daripada diriku dalam banyak hal. Yang ketiga daripada putera sulungku sendiri, Shazmee Rizal. 'Meski diberi ribuan tahun, jasa dan budimu masih tak terbalas!'. anak-anak murid yang menggantikanku di MPRM, Amanah dan Faridah tak ketinggalan dengan sms bergambar. Seronoknya. Dan KJ, Datin Hajah Siti Rohani 'Tahniah kerana berterusan menjadi cikgu yang cemerlang" Terasa bersemangat seorang YB!
Tahun ini Perayaan Hari Guru di NS, sayang dah YB, tak sempat hadir dan merasakan sendiri kemeriahannya. sepanjang ingatan, sekali saya menghadiri Hari Gur di UPM, Serdang. Tahun 1993, Ketua-ketua Jabatan mewakili maktab. Tetapi saya dan Cikgu Nazar Abu Samah bersama menjadi tamu juga. Lagu kami Pendidikan Cemerlang menang Hadiah Lagu Hari Guru. Ketika duduk sebaris dengan mak-mak datin, saya sunyi dalam keriuhan majlis berprestij itu. Setelah diperdengarkan lagu rasmi dan "... penggubah lagu, Encik Nazar Abu Samah dan liriknya dicipta oleh Puan Mahaya Mohd.Yassin dari Maktab Perguruan Raja Melewar Seremban,' ada mata mengerling tag nama di dada. Kami bertukar senyuman dan bermulalah perkenalan yang mengimbau sejarah.
Saya dah ucap-kan 'Selamat Hari Guru' kepada guru-guru saya? Baiklah, kepada semua yang telah, sedang dan akan dipanggil 'cikgu' dan kepada guru-guru saya selama ini, Selamat Hari Guru - Doa semoga menjadi mentari yang sentiasa bersinar dan bercahaya'. Istimewa kepada Cikgu saya di sekolah rendah dan menengah Puan Hjh. Zahariah Khalid, Cikgu Fatimah Nawawi, Cikgu Mustafa Tahir, Cikgu Prof.Dr. Awang Sariyan

Tiada ulasan: