Selasa, Disember 28, 2010

Imbauan Kesembilan: Mengantarabangsakan Bahasa dan Sastera Negara

Sempena cuti hujung tahun, saya bersama-sama anak-anak dan cucu-cucu menumpang semangkok bersesak-sesak dengan rakyat Jepun ke Disneyland, Tokyo. Selain tepu hiburan untuk semua khasnya kanak-kanak, kompleks ini sarat bahan untuk difikirkan bersama-sama.

Ketika berada di 'It's A Small World', pelancong dibawa melayari alam fantasi dengan menaiki bot khas. Laluan yang melenggang lembut melalui saluran yang warna-warni. amat mempersonakan. Reka letak dan gaya persembahan peristiwa yang diangkat daripada cerita-cerita rakyat yang tersohor dari seluruh pelosok dunia penuh daya kreativiti dan inovasi. Watak, busana, lagu dan latar yang terpilih dan berkaitan, hidup 'bergerak dan bernafas' meraikan tamu.
Oleh sebab, perayaan Hari Natal sedang berlangsung, kesemua watak turut menyanyikan lagu perayaan, tetapi di dalam bahasa Jepun dan Inggeris.

Sekilas saya diterjah beberapa soalan.
Di mana, di Malaysia dapat kita baca, tonton, dengari sekali gus menghayati serta mengagumi bahasa dan sastera kita seperti ini?
Di mana kita dapat memperkenalkan watak-watak cerita rakyat kita yang termasyhur? (Di perpustakaan pun, belum pasti. Jika pun ada, masih tersembunyi dalam buku yang 'tidak menyelerakan' hati nurani kanak-kanak. MMY)
Di mana dapat kita perdengarkan bahasa kita dilafazkan dengan rasa kecintaan dan kekaguman yang membanggakan?

Bahasa dan sastera kita di lopaknya sendiri, bagaimana?

Kita mesti bersatu dalam perjuangan mengantarabangsakan bahasa dan sastera negara kita!

Selamat berjuang dan beribadah.

2 ulasan:

Nisah Haji Haron berkata...

Assalamualaikum Puan Mahaya,
Tampak seronok dan bahagia di dalam foto ini. Pasti mengilhamkan banyak karya selepas ini!

Mahaya Mohd. Yassin berkata...

Waalaikumussalam Puan Nisah,
Alhamdulillah, segala-galanya menyeronokkan dan membahagiakan. Dia memberikan terlalu banyak iktibar untuk dimanfaatkan.
Mudah-mudahan saya dapat kongsikan dalam karya nanti, insya-Allah.
Syukur dan tahniah, di tanah air Puan Nisah terus prolifik. Kami doakan cemerlang selalu.Salam takzim.